Apabila anda membeli kenderaan bermotor, anda perlu membeli insurans motor, insurans motor melindungi kenderaan anda sama ada motorsikal, kereta atau lori, daripada risiko seperti kemalangan atau kecurian.
Memilih polisi insurans motor
Apabila memilih insurans motor, sentiasalah:
➤Menyemak terlebih dahuluharga pasaran kenderaan anda. Bagi kenderaan baru, jumlah diinsuranskan adalah harga beli kenderaan tersebut.
➤Memastikan kenderaan anda diinsuranskan dengan secukupnya kerana ia akan memberi kesan ke atas jumlah yang anda boleh tuntut.
Bagaimana untuk membuat tuntutan?
Sekiranya anda terlibat di dalam kemalangan kenderaan dan mempunyai perlindungan komprehensif, anda boleh sama ada membuat tuntutan
kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga. Kedua-dua tuntutan
melibatkan prosedur berbeza. Hubungi syarikat insurans anda dengan kadar
segera dan mengambil tindakan sebagaimana dinasihatkan syarikat
insurans. Anda mungkin diminta hantarkan kenderaan anda ke bengkel yang
diluluskan syarikat insurans. Pastikan anda menghantar semua dokumen berkenaan untuk menyokong tuntutan anda kepada syarikat insurans secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment