Premium Insurans Hayat

6 Faktor yang Menyebabkan Premium Insurans Hayat Anda Tinggi

1. Umur

Peraturan asas dalam pengiraan premium insurans ialah: semakin tinggi risiko seseorang, semakin tinggi harga premiumnya. Contohnya, pemuda berumur 21 tahun biasanya berisiko lebih rendah terhadap penyakit berbanding seseorang yang berumur 55 tahun. Kerana sebab ini, anda selalu dinasihatkan agar membeli insurans hayat ketika masih muda.

Bagi yang lelaki, besar kemungkinan anda akan berkahwin suatu hari nanti dan akan miliki keluarga yang akan bergantung pada anda. Maka insurans hayat adalah suatu keperluan bagi anda. Ini taklah bermakna anda perlu milikinya pada usia 22 tahun. Tetapi setelah anda berkahwin, ianya menjadi satu keperluan yang kritikal bagi anda dan keluarga anda. Malah ianya satu tindakan yang bijak jika anda membelinya secepat mungkin kerana anda usia muda anda.

Tapi anda perlu fahami dengan jelas struktur premium polisi hayat sebelum membelinya kerana sesetengah polisi mempunyai struktur premium yang meningkat mengikut masa. Buat perbandingan beberapa produk dan sebutharga sebelum tentukan satu yang sesuai dengan anda.

 

premium insurans hayat

Umur menjadi faktor utama.

 

2. Gaya hidup dan pekerjaan

Jika anda pengemar aktiviti lasak dan berisiko tinggi, harga premium anda akan lebih tinggi berbanding mereka yang tidak amalkan gaya hidup berisiko tinggi sebegini. Sama juga pekerjaan seseorang. Jika pekerjaan anda mendedahkan anda kepada risiko yang membahayakan nyawa anda, seperti pelumba kereta atau jurukamera profesional haiwan liar, anda juga akan dikenakan harga premium yang lebih tinggi.

Jika anda salah seorang dari golongan di atas, anda perlu teliti dalam memilih polisi. Sesetengah syarikat insurans atau takaful agak longgar dalam mengambil kira faktor ini bagi pengiraan premium mereka. Jadi sekali lagi, nasihat kami, sentiasa buat perbandingan beberapa produk dari beberapa syarikat insurans dan takaful sebelum membeli apa-apa polisi insurans.

 

premium insurans hayat

Gaya hidup atau pekerjaan yang bahaya?

 

3. Sejarah perubatan keluarga

Semasa membuat permohonan untuk membeli polisi hayat, anda perlu mengemukakan sejarah atau rekod perubatan keluarga anda. Banyak penyakit kronik seperti kanser dan kencing manis adalah penyakit keturunan. Syarikat insurans dan takaful akan menilai rekod perubatan keluarga anda untuk menentukan risiko anda menghidapi penyakit-penyakit tertentu. Jika risiko anda tinggi kerana sesuatu penyakit yang terdapat dalam sejarah kesihatan keluarga anda, anda akan dikenakan harga premium yang lebih tinggi.

Malangnya ini bukanlah sesuatu yang dapat anda kawal tetapi ini bukanlah sebab anda perlu berlengah atau tidak langsung membeli perlindungan insurans atau takaful. Sebaliknya jika anda mempunyai keluarga yang memiliki sejarah sesuatu penyakit keturunan, anda perlu segera mendapatkan polisi hayat (jika perlu) atau insurans perubatan semasa anda masih muda. Ini bukan sahaja dapat memberi perlindungan awal terhadap anda tetapi juga harga premium yang lebih rendah.

 

Premium Insurans Hayat

Sejarah kesihatan keluarga anda juga diambil kira.

 

4. Merokok

Perokok dikenakan harga premium yang lebih tinggi berbanding bukan perokok. Sebabnya kerana penyakit yang dikaitkan dengan amalan merokok seperti:

  • Kanser

  • Strok

  • Penyakit jantung

  • Hipertensi

  • Penyakit paru-paru obstruktif

Perokok mempunyai risiko yang tinggi terhadap banyak penyakit berbanding mereka yang tidak merokok dan ini menjejaskan juga jangka hayat mereka. Maka ini memberi risiko kepada syarikat insurans yang memberi perlindungan kepada perokok maka harga premium yang mereka kenakan perlulah lebih. Bekas perokok yang telah tidak merokok selama 12 bulan tidak lagi dianggap sebagai perokok bagi syarikat insurans.

 

Premium Insurans Hayat

Perokok bayar premium yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

Video tentang kepentingan insurans