Takaful ialah satu pelan insurans yang
memiliki ciri patuh Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat
banyak produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan, Takaful
kenderaan, dan banyak lagi. Istilah Takaful juga merujuk kepada konsep
insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama, dimana segala risiko
dan dana dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan dibawah
Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) dengan dana yang
disumbang oleh individu dibawah perlindungan Takaful.
Syarikat Takaful pertama di Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984.
Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association MTA) ialah
badan yang bertanggungjawab untuk menjadi rujukan untuk semua perkara
berkaitan Takaful di Malaysia. Selain itu, industri Takaful di Malaysia
turut dikawal selia oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
No comments:
Post a Comment